SKIM PEMBIAYAAN

Skim Pembiayaan Jangka Panjang

  1. Skim Pembiayaan Peribadi - Al-Tawarruq
  2. Skim Pembiayaan Pengguna - Murabahah
  3. Skim Pembiayaan Kenderaan - Murabahah
  4. Skim Pembiayaan Umrah & Pelancongan - Al-Tawarruq
  5. Skim Pembiayaan Pendidikan - Al-Tawarruq
  6. Skim Penjadualan Semula - Al-Tawarruq

Skim Pembiayaan Jangka Pendek

  1. Skim Pembiayaan Kecemasan - Al-Tawarruq
  2. Skim Pembiayaan Tunai Segera -Qard
  3. Skim Pembiayaan Perlindungan, Cukai Jalan & Tayar - Al-Tawarruq
  4. Skim Pembiayaan Rawatan Mata - Murabahah
  5. Skim Pembiayaan Kembali Ke Sekolah - Al-Tawarruq

Skim Pembiayaan Kakitangan Kontrak, Rakan Perniagaan & Ahli Keluarga

   1. Aturan Skim Pembiayaan Kakitangan Kontrak, Rakan Perniagaan dan Ahli Keluarga

 

Skim Pengeluaran Caruman

  1. Aturan Skim Pengeluaran Caruman

 

Skim Pelaburan Simpanan Tetap - Al Mudharabah

  1. Aturan Skim Pelaburan Simpanan Tetap



SKIM KEBAJIKAN

Koperasi NSTP memberikan kebajikan kepada anggota dan keluarga. Antara kebajikan yang diberikan :-

  1. Tabung Khairat Kematian
    Semua anggota koperasi yang masih aktif secara automatik adalah ahli untuk tabung ini. 
    Caruman : RM10.00 (bulan pertama) dan RM20.00 (setiap bulan Disember setiap tahun)
    Manfaat Kematian adalah seperti berikut :-
    • Anggota : RM 1,000
    • Pasangan Anggota : RM 500
    • Anak Anggota : RM 500
    • Ibu Anggota : RM 300
    • Bapa Anggota : RM 300
    Penerima sumbangan adalah terdiri daripada suami / isteri, anak-anak, nomini, waris terdekat atau wakil yang sah dari segi undang-undang kepada anggota koperasi yang sudah meninggal dunia pada masa anggota itu masih menjadi anggota koperasi.

  2. Tabung Perlindungan Pembiayaan
    Setiap anggota yang memohon Skim Pembiayaan Jangka Panjang perlu menyertai Skim Perlindungan Pembiayaan dimana premium akan ditolak dari amaun pembiayaan. 
    Manfaat yang diberikan adalah sekiranya anggota yang meninggal dan mempunyai baki pembiayaan, maka, baki pembiayaan akan dilindungi oleh Tabung Perlindungan Pembiayaan tersebut. Ini bermakna, waris tidak perlu membayar baki pembiayaan baki pihak simati

  3. Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 
    Koperasi NSTP memberikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan kepada anak-anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang bagi peperiksaaan UPSR, PMR dan SPM. 

  4. Cenderahati kepada semua anggota
    Koperasi NSTP akan memberikan cenderahati kepada semua anggota setiap awal tahun. Cenderahati ini akan diedarkan semasa agihan penyata tahunan.


AR-RAHNU X'CHANGE

Koperasi NSTP telah menceburi perniagaan Ar-Rahnu X'Change, sebuah perniagaan pajak gadai Islam secara francais dibawah Rakyat Management Services Sdn Bhd, anak syarikat Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. 
Perniagaan ini telah mula beroperasi semenjak Oktober 2010 bertempat di Dataran Mentari, Petaling Jaya, Selangor.
Skim ini memberi pilihan / alternatif kepada masyarakat untuk mendapatkan tunai secara segera berlandaskan prinsip gadaian syariah dan mengelakkan aktiviti pinjaman wang secara haram / peminjam tanpa lesen / pinjaman ceti, along dan sebagainya. 
Butiran skim adalah seperti berikut :-

  • Jumlah Pinjaman : 65% - 70% dari nilai barangan gadaian (nilai marhum)
  • Tempoh Bayaran Balik : Selama 6 bulan
  • Tempoh Lanjutan : dengan syarat upah simpan bagi tempoh 6 bulan yang telah berlalu dijelaskan dan tempoh lanjutan diberi dalam gadaian 6 bulan.
  • Gadaian yang diterima : Barang kemas (Emas) 18k - 24k
  • Kelayakan : Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan pemastautin tetap, bukan warganegara dan tidak muflis

Sebarang pertanyaan, sila hubungi,

Ar-Rahnu X'Change 
No A-G-1, Blok A, Arena Mentari
Jalan PJS 8/15, Dataran Mentari
46810 Petaling Jaya
Tel : 03-5637 7277
Faks : 03-5637 7677


COOP MART

Koperasi NSTP menjalankan perniagaan runcit bermula September 2009 dan ianya terletak di Driveway, Bangunan NSTP. Pada tahun 2012, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah meluluskan Bantuan Pembangunan 2012 dibawah Program Pemodenan Kedai Koperasi (TUKAR) dengan menggunakan penjenamaan kedai iaitu Coop Mart.

Dengan pemodenan ini, ianya telah memberikan perubahan wajah baru ke atas kedai koperasi supaya lebih ceria dan mesra pelanggan. Pelbagai produk dijual di Coop Mart seperti barangan premium, alatulis, makanan ringan, produk kesihatan, telekomunikasi (prepaid, touch & go) dan pembayaran bil.


SKIM PELANCONGAN

Koperasi NSTP (M) Berhad mula menceburi bidang pelancongan pada Oktober 2015 dengan melabur saham di Media Travel & Holidays Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan syarikat yang berpengalaman dalam mengendalikan pakej pelancongan termasuk urusan tempahan tiket, penginapan dan pengangkutan. Pelbagai pakej pelancongan disediakan. Bagi anggota yang berminat untuk mengambil pakej ini, Koperasi NSTP turut menyediakan pembiayaan dengan had pembiayaan sebanyak RM8,000. (Sila rujuk Aturan Skim Pembiayaan)

Sebarang pertanyaan
8-LG-20 Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku, Off Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur
Tel : +603-22017575, Faks : +603-22017474
Lama Web : www.mediatravel.com.my dan facebook : mediatravel
 


SEMINAR

-